SEPANG, 13 FEBRUARI 2020 - Sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM, satu sesi semakan dokumen telah dilaksanakan pada 13 Februari 2020. Semakan ini disertai oleh pihak pengurusan tertinggi IKTBN Sepang bersama Pegawai Kualiti IKTBN Sepang dan wakil Audit Dalaman.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan bagi memastikan persediaan untuk menghadapi Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 berjalan lancar dan semua dokumen disediakan mengikut keperluan dan standard yang telah ditetapkan.