Tujuan audit ini dilaksanakan adalah untuk memantau, menilai dan menentusahkan Pelaksanaan Pengurusan Kualiti di IKTBN Sepang adalah selaras dengan keperluan Standard ISO 9001:2015.
Segala penemuan, teguran dan cadangan daripada pihak auditor diterima baik dan positif oleh semua warga IKTBN Sepang untuk penambahbaikan.
Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di IKTBN Sepang dapat dilaksanakan dengan lebih MANTAP dan BERKESAN bagi memenuhi kehendak pelanggan dari masa ke semasa.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses audit berlangsung.