Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 19 February 2020 16:40

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BADAN OPERASI ARP IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

arp2020

Bachok, 19 Februari 2020 - Seramai 32 orang pegawai IKTBN Bachok terlibat Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP) di Pusat Latihan FAMA Kota Bharu Kelantan.

Kursus yang diadakan selama 1 hari pada 05 Februari 2020 bertujuan meningkatkan pengetahuan dikalangan penyelaras badan operasi dan mentor bagi Program ARP di peringkat IKTBN Bachok bagi memastikan tahap pengendalian operasi memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Sekretariat Antarabangsa.

IKTBN Bachok merupakan sebuah Badan Operasi yang ditauliahkan bagi melahirkan belia-belia penganugerahan ARP yang berstandard antarabangsa menerusi empat komponen penyediaan rangka kerja iaitu rekreasi fizikal, kemahiran, penjelajahan lasak dan khidmat masyarakat.

Penerapan cabaran individu menerusi program ARP dikalangan pelajar IKTBN Bachok, beberapa program yang seimbang ditawarkan, tiada persaingan, aktiviti-aktiviti sukarela yang mengalakkan penerokaan jati diri dn kematangan, kepercayaan diri, ketabahan, tanggungjawab pada diri sendiri dan berkhidmat kepada komuniti.

 

Disediakan Oleh : Nadia Binti Mat Isa

Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

 

 

Read 1636 times Last modified on Khamis, 20 February 2020 08:57