Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 February 2020 10:38

BENGKEL DATA KEBOLEHPASARAN ILKBS BAGI TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 19 SEPTEMBER 2019 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan bengkel data kebolehpasaran bagi pelajar yang tamat sesi latihan bagi tahun 2018 bertempat di Makmal Komputer IKBN Kuala Langat selama 2 hari.

Bengkel ini adalah bengkel terakhir bagi mendapatkan pencapaian data kebolehpasaran di tahap pencapaian melebihi sasaran yang ditetapkan antaranya 93% pelajar mendapat pekerjaan. Semua wakil Cawangan Hubungan Industri (CHI) ILKBS Seluruh Malaysia telah berkampung di sini bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Pihak PMO telah hadir bagi menyampaikan maklumat data semasa yang dijana dari Data Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dan bersama data terkini yang diperolehi dari pihak ILKBS masing masing. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Langat, En. Nik Mohd Mazuki bin Hj. Nik Mat telah merasmikan pembukaan bengkel ini.

3

Disediakan Oleh : En. Faherinizam Bin Hj. Russali (Unit Latihan Industri)

 

 

 

Read 960 times