Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 February 2020 11:00

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SIRI 4/2019 BERSAMA SYARIKAT ARTREAN CREATIVE

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 27 SEPTEMBER 2019 – Cawangan Hubungan Industri Dan Latihan Khas telah berjaya mengadakan sesi taklimat kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri bermula pada 1 november 2019 hingga 30 januari 2020.

Pelajar yang terlibat adalah pelajar jurusan Multimedia - Pengarangan seramai 16 orang dan pelajar jurusan Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman seramai 6 orang bertempat di Mini Teater IKBN Kuala Langat.

Pihak Syarikat Artrean Creative yang terletak di Semenyih Kajang telah dijemput oleh Unit Latihan Industri bagi menyampaikan Taklimat dan Ceramah berkaitan Kerjaya dan Motivasi kepada 22 orang pelajar yag terlibat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pembuatan perabot dan hiasan dalaman yang sering mendapat tempahan rekaan dan pembuatan produk setiap tahun bagi dekorasi hiasan di Shopping Mall di Malaysia mahupun di Singapura.

Para pelajar amat beruntung dapat bersua muka dengan pihak syarikat kerana pengalaman tersebut berkaitan dengan kedua dua bidang yang terlibat.

5

Disediakan Oleh : En. Faherinizam Bin Hj. Russali (Unit Latihan Industri)

 

 

 

Read 833 times