Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 February 2020 11:04

KURSUS PROFESIONAL VIDEOGRAFI PENGARAHAN FILEM

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 8 Oktober 2019 -Jabatan Multimedia (Penerbitan Video) telah mengikuti “Program Pembangunan Kemahiran Kursus Profesional Videografi Pengarahan Filem” atas kerjasama pihak UiTM pada 30hb September sehingga 8hb Oktober di bengkel Penerbitan Video.

Program tersebut telah melibatkan seramai 35 orang pelajar,3 orang pengajar daripada   IKBN Kuala Langat dan 2 orang pengajar daripada IKBN Kemasik,Terengganu.Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi teknik-teknik pengarahan video secara profesional bagi peserta-peserta kursus.Pada masa yang sama,program ini telah diisi dengan motivasi secara langsung oleh selebriti terkenal iaitu Bell Ngasri seperti cara-cara pengarahan yang baik ,cara menjadi jurukamera profesional dengan teknik-teknik terkini.Di samping itu, pihak produksi telah membawa melawat ke Warisan Hall Studio yang bertempat di Sijangkang,Banting,Selangor.Di akhir program,pihak produksi telah membuat satu filem pendek yang bertajuk “Andika” bertujuan untuk melakukan tugasan bagi peserta-peserta kursus.

video

 

Disediakan Oleh : Azmadi Bin Talib (IKBN Kuala Langat)

 

 

 

Read 793 times