Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 February 2020 18:04

KONVENSYEN PEMERDAYAAN BELIA MENCEGAH EKSTREMISME PERINGKAT KEBANGSAAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

UIAM GOMBAK, 31 JANUARI 2020 - Satu konvensyen telah diadakan di UIAM Gombak dan telah dihadiri oleh ramai belia dan juga para mahasiswa. Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN KL telah menerima jemputan dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan telah menghantar seramai 40 orang pelajar.

 

Majlis ini berlangsung di Auditorium Utama UIAM Gombak. Selain itu, majlis ini turut menjemput beberapa panel yang berpengalaman dalam  menangani sikap ekstremisme dikalangan belia. Sedasawarsa, kita sering dikejutkan dengan pelbagai masalah dari kalangan belia yang kerap memberontak dan melawan sesetengah pihak bagi menegakkan keadilan. Konvensyen ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada pelajar IKBN Kuala Langat supaya dapat menjadi belia-belia yang berguna di masa hadapan.

 

Sebagai pengakhiran, memetik kata-kata ilmuwan dunia bahawa untuk melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah generasi muda negaranya sekarang. Kita seyogia menggembeleng tenaga dan mengorak langkah dalam mencorakkan belia dan calon pemimpin masa hadapan bagi menjadikan negara maju menjelang 2030.

 

   

 

Disediakan Oleh : Mohamad Nur Aizard Bin Mohamad Azlan (Cawangan Pengurusan Pelajar)

 

 

 

Read 511 times
 
Find us on Facebook
Follow Us