Tujuan kursus adalah memberi pendedahan dan syarat pentauliahan kepada syarikat dan Pusat Latihan untuk menjalankan Program SLDN/INDUSTRY 4WRD. Taklimat kursus disampaikan oleh Muhammad Ezzas Bin Abu Bakar dan Ahmad Rosdan Bin Muhammad Ishak dari Unit Sistem Latihan Dual Nasional, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Seramai 28 peserta yang menyertai kursus ini. Syarikat yang terlibat adalah Wafada Technic & Consult Sdn Bhd, Festech Sdn Bhd, Bijak IT DOT COM, Joystick Network dan GF Equipment Services Sdn Bhd. Manakala Pusat Bertauliah dari pengajar-pengajar IKTBN Sepang, IKBN Kuala Langat dan IKBN Peretak.