Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 23 February 2020 12:35

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR IKTBN BACHOK “HIDUP UNTUK ALLAH SAYANG KITA”

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 23 Februari 2020 - Semua pelajar serta Pegawai dan Kakitangan IKTBN Bachok telah menyertai Ceramah Motivasi Pelajar IKTBN Bachok bertajuk hidup untuk Allah sayang kita.Ceramah ini telah disampaikan Oleh Ustaz Muhammad Iddin Bin Ramli yang merupakan anak didik Ustaz Ebit Lew.

Program  yang diadakan selama 1 hari pada 17 Februari 2020 bertujuan bagi pengisian rohani dan kesedaran kepada semua pelajar.Melalui program ini para pelajar dapat menanamkan daya tahan dari segi mental menghadapi persekitaran selain membentuk sahsiah kearah yang lebih positif dengan lonjakan “FROM ZERO TO HERO’.

Penerapan program ini sangat diperlukan bagi membantu pelajar untuk menyedari dan memperbaiki diri dari segi sahsiah, akademik dan sosial.Program Motivasi seperti ini juga berpotensi untuk memberi kesedaran dan keinsafan di kalangan pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai salah laku disiplin.

 

Disediakan Oleh : Nadia Binti Mat Isa

Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1216 times
 
Find us on Facebook
Follow Us