Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 02 March 2020 16:35

MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA PENGERUSI DAN PENGASAS YAYASAN & 3RD FORCE YM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 02 Mac 2020 – Satu majlis telah diadakan pada 27 Februari 2020 (Khamis) bagi mengutip sumbangan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Asnaf IKTBN Bachok. Program ini adalah merupakan satu pogram kerjasama antara Yayasan Raja Shamri dan Jabatan Teknologi Hospitaliti IKTBN Bachok.

Program yang dikenali sebagai Majlis Makan Amal bersama YM Raja Shamri Bin Raja Husin. Seperti yang semua maklum YM Raja Shamri Bin Raja Husin merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri dan juga pengasas kepada pertubuhan kebajikan 3rd Force. Program ini telah Berjaya mendapat sumbangan melalui penjualan kupon kepada syarikat dan juga individu.

Seramai 05 orang penerima telah dipilih khas untuk menerima sumbangan dari pihak Yayasan Raja Shamri. Penerima-penerima ini merupakan pelajar semasa dari golongan asnaf yang berjaya mengikuti latihan kemahiran di IKTBN Bachok bagi tahun 2020. Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban keluarga pelajar-pelajar tersebut. Pihak IKTBN Bachok berharap program seperti akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan mungkin lebih besar lagi.

 

Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1201 times
 
Find us on Facebook
Follow Us