Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 23 June 2016 23:13

PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN GOTONG-ROYONG MEMASAK DI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 23 JUN 2016 – Sempena meraikan kedatangan hari Nuzul Al-Quran di dalam bulan Ramadhan yang mulia, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah melaksanakan Program Khatam Al-Quran. Program telah berlangsung di Surau Al-Falah, IKTBN Chembong bermula jam 2.30 petang.

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Falah juga turut menyelaras sumbangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf dan anak yatim. Di samping itu, gotong-royong membuat bunga telur, memasak pulut kuning dan rendang serta bubur lambuk telah dilaksanakan dan diagihkan pada petang tersebut. Semua pegawai, kakitangan dan pelajar telah terlibat dalam menjayakan program-program tersebut. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan di masa akan datang.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

KCB01

KCB03

 

Read 7154 times Last modified on Rabu, 17 August 2016 23:22