Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 27 February 2020 14:47

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN FEBRUARI 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 27 FEBRUARI 2020 (SELASA) - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Februari 2020 telah diadakan pada 27 Februari 2020 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU), Cawangan Penyelerasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (CHIKS).


Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh pihak penganjur, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo selaku ketua Jabatan Pengajian Umum. Beliau mengkongsikan teknik-teknik mengucapkan salam kepada orang lain dan berharap warga IKBNSI boleh mengamalkan budaya salam mesra.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau menekankan kepentingan penggunaan masa dan peluang dengan bijaksana.  

Satu gimik perasmian Program Amalan Membaca Peringkat IKBNSI yang bertema “We Read, We Learn” telah dijalankan oleh Ketua Pengarah, En Md Isa Bin Ibrahim diiringi Timbalan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman dan Ketua Jabatan Pengajian Umum, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo.

Pada majlis tersebut juga, Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2020 telah dianugerahkan kepada Pn Norhazalinan Binti Noraini dan En Faize Bin Masstapar. Penyampaian hadiah untuk program-program sukan telah dijalankan. Di samping itu, satu pertandingan KAHOOT telah dijalankan sempena kempen membaca bulan ini.

Seterusnya, pihak penganjur menjemput En Arshad Ahmad dari Cuepacs Living Care untuk memberikan taklimat tentang Cuepacs. Slot yang terakhir perhimpunan ialah taklimat ISO yang diberikan oleh Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman.

Read 837 times
 
Find us on Facebook
Follow Us