Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 March 2020 08:18

LAWATAN PANEL PENILAI INSTITUT LATIHAN TERBAIK AIT IKBN JITRA

Written by
Rate this item
(0 votes)

3-4 Mac 2020 Lawatan Panel Penilai Institut Latihan Terbaik (AIT) telah diadakan di IKBN Jitra. Pasukan Penilai tersebut yang diketuai oleh En. Azian Bin Hussain, Ketua Program Perancangan dan Pembangunan Latihan(PPL),CIAST dibantu oleh En. Mohamad Nor Bin Osni Anuar (Bahagian Akaun, KBS), En. Ahmad Ezwan Bin Mat Deris (Bahagian Pengurusan Maklumat, KBS), En Rominor Bin Ahmad(Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS), dan Puan Fariza Binti Zan(Unit Audit Dalam, KBS). Kumpulan panel penilai ini telah melaksanakan penilaian audit terhadap 6 komponen utama iaitu Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran sebanyak 30% sumbangan markah, Indeks Pencapaian Utama sebanyak 20%, Pengurusan Pentadbiran sebanyak 15%, Pengurusan Kewangan sebanyak 15%, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sebanayk 10% dan kriteria terbaharu iaitu Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi(ICT) sebanyak 10% pecahan daripada keseluruhan 100% markah.

Proses pengauditan ini berlangsung secara menyeluruh terhadap 21 ILKBS untuk bersaing secara baik dalam latihan TVET di Kementerian Belia dan Sukan(KBS). Secara tidak langsung, kualiti latihan di setiap institusi dapat dipantau dan diketahui secara terus oleh panel yang dilantik oleh pihak kementerian. Keputusan bagi penilaian tersebut akan diumumkan ketika Majlis Konvokesyen ILKBS ke-16 akan datang. Semoga dengan adanya penilaian ini, beberapa penemuan dan teguran dikenalpasti. Diharapkan dapat membantu pihak institut membuat penambahbaikan dan bagi sebarang penemuan yang baik dapat dijadikan semangat dan inspirasi kepada warga IKBN Jitra untuk mengekalkan semangat bagi memastikan kualiti pengurusan terjamin.

 

DARIPADA: BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN IKBN JITRA

 

Read 248 times Last modified on Khamis, 05 March 2020 08:27
 
Find us on Facebook
Follow Us