KEMPEN DERMA DARAH KIMANIS PETROLEUM TRAINING CENTRE (KTC)
KIMANIS, 4 MAC 2020 ; Seramai 62 orang pelajar dari Jabatan Awam dan Elektrik Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut telah menerima jemputan bagi menjayakan kempen menderma darah yang dianjurkan oleh Kimanis Petroleum Training Centre (KTC)
Bertepatan dengan slogan `Setiap Penderma Darah Adalah Wira' sebagai menghargai usaha golongan pelajar yang ibarat wira tak didendang dan bermurah hati menderma kepada mereka yang memerlukan,
Penyertaan pelajar berkenaan adalah sebahagian dari Program tahunan Kimanis Petroleum Komuniti yang sedang dijalankan ketika ini. Semua darah yang berjaya didermakan akan digunakan untuk tujuan kecemasan di Hospital Beaufort.Selain itu terdapat juga pelbagai Pameran dari pelbagi agensi
Menurut Encik Moh Ariffin Abd Ahaling, Pengurus Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) menyasarkan untuk menjadikan golongan belia sebagai penderma muda dalam kempen derma darah bagi meningkatkan jumlah penderma dan memastikan bekalan darah di hospital itu mencukupi.
Turut hadir menyokong program ini adalah Encik Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pn Rosnah Bt Md Yusoff dan En Salamat Saradin sebagai pengajar yang mengiringi pelajar.