Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 07 March 2020 10:26

PEMANTAPAN PASUKAN BOLA TAMPAR IKBN KINARUT MENANGANI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

Written by

 

 

PEMANTAPAN PASUKAN BOLA TAMPAR IKBN KINARUT MENANGANI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

 

 

KINARUT, 6 MAC 2020 ; Pasukan bola tampar lelaki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan bola tampar daripada kolabarasi Team Sabindo yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar, IKBN Kinarut semalam.

 

Perlawanan yang cukup menarik daripada kedua-dua pasukan yang sering bertukar-tukar serangan dan pertahanan di sepanjang perlawanan berlangsung telah menghambat hati para penonton bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

 

Perlawanan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan lagi pasukan dari segi ketahanan mental serta fizikal para pemain bola tampar IKBN Kinarut dan akan memberikan saingan kepada pasukan lain apabila bertanding dimana-mana kejohanan kelak.

Last modified on Sabtu, 07 March 2020 14:34