JURULATIH PUJI AKSI CEMERLANG PASUKAN BOLA SEPAK IKBN KINARUT
KINARUT ; Jurulatih Pasukan Bola Sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Encik Hardianshah Biran memuji dan berpuas hati dengan persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh pasukan IKBN Kinarut ketika menentang pasukan daripada Kolej Vokasional Beaufort yang berlangsung di Padang Bola Sepak, IKBN Kinarut baru-baruini.
Perlawanan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan lagi pasukan dari segi ketahanan mental serta fizikal para pemain bola sepak IKBN Kinarut dan akan memberikan saingan kepada pasukan lain apabila bertanding dimana-mana kejohanan kelak.
Sehubungan itu, Jurulatih pasukan IKBN Kinarut berharap permainan pasukan bola sepak IKBN Kinarut akan senantiasa mengekalkan prestasi cemerlang apabila beraksi di perlawanan persahabatan mahupun pertandingan kelak.