Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 11 March 2020 11:54

Program Ceramah Pelajar Bebas Jenayah Syariah

Written by
Rate this item
(0 votes)

10 Mac 2020 - Bersempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan IKBN Naka Tahun 2020, pihak Bahagian Penguatkuasan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(JHEAIK) telah mengadakan satu Program Ceramah Pelajar Bebas Jenayah Syariah Peringkat IKBN Naka. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Syeikh Izzuddin bin Mohd Yusof Pen.Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK. Program ini turut dihadiri bersama oleh Tuan Pengarah dan Kakitangan IKBN Naka. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Mat (Peg Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu). Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan kepada para pelajar mengenai masalah sosial dikalangan remaja yang melibatkan kesalahan Jenayah Syariah. Diharapkan program kolobrasi antara IKBN Naka dan JHEAIK ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

Read 1342 times Last modified on Rabu, 11 March 2020 12:03