Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 March 2020 15:42

AUDIT PENGAWASAN (TAHUN KE-2) ISO 9001:2015 IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 3 MAC 2020 – Audit Pengawasan ISO 9001:2015 bagi tahun ke-2 di IKBN Seri Iskandar, Perak telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2020. Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat merupakan Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk melaksanakan keseluruhan proses penilaian terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBN Seri Iskandar, Perak pada tahun yang ke 2 ini.

Objektif utama perlaksanaan audit ini adalah untuk memastikan Warga IKBN Seri Iskandar menepati dan mematuhi prosedur sistem pengurusan kualiti yang telah ditetapkan. Hasil penemuan dari audit pengawasan ini, TIADA “Nonconformity Reports (NCR)” dan hanya 2 “Opportunities for Improvement (OFI)” telah dikenalpasti. Dengan ini, secara tidak langsung, IKBN Seri Iskandar berjaya menyambung Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 bagi tahun 2020.

Pihak IKBN Seri Iskandar, Perak merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kerana sudi melaksanakan Audit Pengawasan  di IKBN Seri Iskandar. Sekalung Tahniah diucapkan buat semua warga IKBN Seri Iskandar kerana telah bersama-sama membantu dan memberi komitmen yang sangat tinggi dalam urusan pengaudian ISO 9001:2015 pada kali ini.

Read 885 times Last modified on Khamis, 12 March 2020 15:51
 
Find us on Facebook
Follow Us