Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 March 2020 15:46

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 MAC 2020 – Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi samada di dalam sektor kerajaan atau swasta. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran IKBN Seri Iskandar telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan pada 11 Mac 2020 dan ini merupakan latihan yang tahunan.

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga IKBN Seri Iskandar tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Ini juga penting untuk memastikan warga IKBN Seri Iskandar sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.

Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Ketua/Penolong Ketua Tingkat dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga IKBN Seri Iskandar mengosongkan bangunan.
 

Latihan tersebut bermula pada jam 10.30 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan dan Bangunan Tera dapat dikosongkan dalam masa 10 minit. Semua pegawai, kakitangan, pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan serta para pelajar dikehendaki berkumpul di Kawasan Padang Sepak Takraw.

Turut hadir ialah Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah,  Awang Alik Jeman, Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Selain itu, taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah keselamatan semasa berlakunya kebakaran turut disampaikan oleh Ketua Balai Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan pegawai-pegawai. Latihan kebakaran tersebut tamat kira-kira jam 11.30 pagi.

Read 985 times Last modified on Khamis, 12 March 2020 15:50
 
Find us on Facebook
Follow Us