Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 13 March 2020 10:10

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI & FEBRUARI PERINGKAT IKTBNAG

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, 12 Mac 2020 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari dan Februari 2020 Peringkat IKTBN Alor Gajah telah berjaya dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan selaku penganjur bersama Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti dan Cawangan Pembangunan, Penyelenggaraan dan ICT bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Bacaan Ikrar Penjawat Awam dan Bacaan Doa oleh pegawai IKTBNAG.  Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti bulanan Januari dan Februari oleh Warga IKTBNAG seterusnya Ucapan Pengarah IKTBNAG, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Penyampaian hadiah hari lahir oleh Keska sesi 2018/2020 serta Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan. Pengarah menyampaikan amanat kepada semua pelajar dan pegawai agar menitikberatkan kebersihan diri terutamanya di musim penularan wabak Covid-19 serta menjaga keselamatan diri semasa cuti pertengahan semester yang akan bermula dari 16 hingga 20 Mac 2020.  Majlis bersambung dengan gimik penyerahan bendera kepada peserta World Skills Malaysia (Belia dan Pengajar) WSMP/WSMB 2020 dan peserta iCompex yang akan bertanding di salah sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia. Tahniah dan semoga semua urusan peserta dipermudahkan dan pulang membawa kemenangan.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Read 1296 times Last modified on Jumaat, 13 March 2020 10:23