Kumpulan KISS mempertaruhkan produk PLAYU, iaitu bahan komposit termaju berkonsepkan teknologi hijau untuk kegunaan dalam sektor pembinaan. Pasukan dari IKTBN Sepang dibarisi oleh Encik Huzaimi bin Abdullah (Ketua),Puan Nur Nadia bt Bachok, Puan Noorul Hidayah bt Yusoff, Encik Thinakaran A/L Narayanan, Encik Aripin bin Toyib dan Encik Eddly Suzali bin Ayub. Semangat juang yang ditunjukkan dari pasukan IKTBN Sepang selaku komponen dalam pasukan KISS membuktikan kepakaran dan pengetahuan tenaga pengajar IKTBN Sepang digunakan untuk menghasilkan produk inovasi bertaraf antarabangsa.Selamat Maju Jaya team KISS!