Print this page
Khamis, 20 February 2020 15:33

IKTBN SEPANG BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT ANTARABANGSA DI PWTC

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2020 - Krew Inovasi Sepang Selangor (KISS), iaitu kumpulan inovasi hibrid antara pasukan IKTBN Sepang bersama Majlis Perbandaran Sepang sedang menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa sempena Malaysia Technology Expo 2020 The 19th International Expo on Inventions and Innovations (MTE 2020) yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur bermula dari 20 sehingga 22 Februari 2020.

 

Kumpulan KISS mempertaruhkan produk PLAYU, iaitu bahan komposit termaju berkonsepkan teknologi hijau untuk kegunaan dalam sektor pembinaan. Pasukan dari IKTBN Sepang dibarisi oleh Encik Huzaimi bin Abdullah (Ketua),Puan Nur Nadia bt Bachok, Puan Noorul Hidayah bt Yusoff, Encik Thinakaran A/L Narayanan, Encik Aripin bin Toyib dan Encik Eddly Suzali bin Ayub. Semangat juang yang ditunjukkan dari pasukan IKTBN Sepang selaku komponen dalam pasukan KISS membuktikan kepakaran dan pengetahuan tenaga pengajar IKTBN Sepang digunakan untuk menghasilkan produk inovasi bertaraf antarabangsa.Selamat Maju Jaya team KISS!

 

 

 

Read 2248 times Last modified on Jumaat, 13 March 2020 15:38