Taklimat dipengerusikan oleh Puan Samsidar binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah SLDN JPK Cyberjaya. Manakala IKTBN Sepang diwakili oleh Dr Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim, Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin, Ts. Nur Nadia Bachok dan En. Herman bin Maslan. IKTBN Sepang adalah antara ILKA yang telah berjaya mendapat kelulusan peruntukan bagi Program SLDN- Industry4WRD. Antara syarikat yang terlibat adalah Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn Bhd (PIDMY), Festech Sdn Bhd dan Wafada Sdn Bhd. Bidang yang terlibat adalah PLC Programming, Preventive Maintenance, Microcontroller, Automation Hardware dan Software Installation. IKTBN Sepang amat komited dalam meningkatkan lagi enrolmen bagi program SLDN agar pekerja sedia ada dapat dipersijilkan dan kemahiran mereka diperakui.