Print this page
Selasa, 25 February 2020 15:46

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM SLDN-INDUSTRY4WRD

Written by
Rate this item
(0 votes)

CYBERJAYA, 25 MAC 2020 – Sesi Taklimat Pelaksanaan Program SLDN - Industry4WRD telah diadakan di JPK Cyberjaya. Antara intipati taklimat adalah Panduan Pemberian Insentif Program SLDN-Industry4WRD, Taklimat Pelaksanaan Latihan, Sesi Bimbingan Pentauliahan dan diakhiri dengan sesi bergambar dan Penyerahan Surat Niat.

 

Taklimat dipengerusikan oleh Puan Samsidar binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah SLDN JPK Cyberjaya. Manakala IKTBN Sepang diwakili oleh Dr Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim, Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin, Ts. Nur Nadia Bachok dan En. Herman bin Maslan. IKTBN Sepang adalah antara ILKA yang telah berjaya mendapat kelulusan peruntukan bagi Program SLDN- Industry4WRD. Antara syarikat yang terlibat adalah Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn Bhd (PIDMY), Festech Sdn Bhd dan Wafada Sdn Bhd. Bidang yang terlibat adalah PLC Programming, Preventive Maintenance, Microcontroller, Automation Hardware dan Software Installation. IKTBN Sepang amat komited dalam meningkatkan lagi enrolmen bagi program SLDN agar pekerja sedia ada dapat dipersijilkan dan kemahiran mereka diperakui.

 

 

 

Read 2298 times Last modified on Jumaat, 13 March 2020 15:51