Program promosi pada tahun ini melibatkan 28 orang petugas yang terdiri dari kalangan Pegawai dan Pengajar dari pelbagai Jabatan di Institut ini. Calon di sarankan untuk memohon menyambung pengajian dalam bidang kursus yang di tawarkan di Institut ini dalam 5 bidang utama bagi pengambilan sesi Julai 2020. Bidang kursus yang di tawarkan merangkumi Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan CAD/CAM), Diploma Teknologi Mekanikal (Polimer), Diploma Teknologi Mekanikal (Alatan dan Acuan), Diploma Teknologi Mekanikal (Elektronik Industri) dan Diploma Mekanikal (Penyelenggaraan Industri).
Bagi pihak Institut ini kami merakamkan Ucapan Setinggi Tahniah kepada Semua calon yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Program promosi pada tahun ini , juga kepada Pengetua dan Guru di semua 14 buah sekolah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pada hari ini. Kaunter IKTBN Sepang telah bersurai lewat jam hampir 3.30 petang.