Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) PERINGKAT IKBN WAKAF

Written by

WAKAF TAPAI, TERENGGANU, 11 FEBRUARI 2020 – Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat IKBN Wakaf Tapai telah berlansung pada 09-10 Februari 2020 melibatkan 4 bidang kemahiran.

Seramai 43 orang peserta dalam Bidang Welding, Bidang Electrical Installations, Bidang Fashion Technology dan Bidang Plumbing & Heating telah bertanding merebut tempat untuk mewakili IKBN Wakaf Tapai ke Peringkat Pra-WSMB Kebangsaan Tahun 2020. Pengarah IKBN Wakaf Tapai Encik Zaini Bin Abd Aziz dan Timbalan Pengarah (PL) Puan Nik Noorhafizan Binti Nik Osthman telah mengadakan lawatan ke tapak Pertandingan WSMB bagi memberi semangat dan dorongan kepada peserta-peserta untuk bertanding. Keputusan dan Pemenang WSMB Peringkat IKBN Wakaf Tapai telah di umumkan di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah yang diadakan pada 11 Februari 2020 (Selasa).
#PROFESIONALTERUNGGUL #PRAWSMB2020 #IKBNWT
#YOUTHPOWER #TEAMKBS #KBSMALAYSIA

 

 

Sumber Oleh:

Encik Arfizzan bin Zulkifli

Penyelaras WSMS 2020