Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN SIRI 1/2020

Written by

WAKAF TAPAI, TERENGGANU, 18 FEBRUARI 2020 – Bengkel Pemantapan Pengurusan Kewangan Siri 1/2020 telah diadakan pada 18-19 Februari 2020 bertempat di Bilik Seminar IKBN Wakaf Tapai Terengganu. 

Penceramah adalah wakil pegawai dari Jabatan Akauntan Negeri Terengganu. Peserta telah diberi penerangan dan pendedahan mengenai tatacara dalam perolehan kerajaan dan pengurusan kewangan. Antara modul yang diberi penekanan dalam kursus adalah Tuntutan Perjalanan, Elaun Lebih Masa, Perolehan Kerajaan, Pengurusan Aset, Pengurusan Terimaan dan Naziran serta Kawalan Dalaman.
#Teampentadbiran #youthpower #kbsmalaysia #ikbnwt

 

 

 

 

Sumber Oleh:

Puan Hazlina binti Mamat

Ketua Unit Kewangan IKBNWT