Ustaz Hafendi bin Mohd Hanafi (Jurumandi Jenazah Daerah Hulu Terengganu) telah dijemput untuk memberi taklimat dan penerangan secara praktikal berkaitan kaedah pengurusan jenazah. Antara fokus utama kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta cara-cara pengurusan jenazah secara islam serta memberikan bimbingan ilmu mengenai cara memandi dan mengkafankan jenazah.
Sumber Oleh:
Encik Ahmad Badri bin Kamaruddin
Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar