Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

JEMPUTAN PEMBUKAAN KAUNTER PROMOSI SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019

Written by

WAKAF TAPAI, TERENGGANU, 5 MAC 2020 – Unit Promosi Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Wakaf Tapai telah mengadakan Pameran dan Promosi bertempat di SMK Seberang Marang serta SMK Wakaf Tapai sempena Pengumuman Keputusan SPM 2019.

Promosi bertujuan untuk membuat hebahan kemasukan serta bidang-bidang yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai bagi Sesi Julai 2020 serta memberi penerangan tatacara pengisian borang permohonan secara online melalui UPU. Pameran dan promosi tersebut telah diketuai oleh Puan Musliana binti Mustafa dengan dibantu oleh pelajar-pelajar INKUBATOR IKBN Wakaf Tapai.

 

 

 

Sumber Oleh:

Puan Musliana binti Mustafa

Ketua Unit Promosi CHI

 

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us