Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 16 March 2020 15:40

IKBN KINARUT BANTU MASJID, RUMAH ANAK YATIM DAN PUSAT TAHFIZ

Written by

 

 

PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KINARUT BANTU MASJID, RUMAH ANAK YATIM DAN PUSAT TAHFIZ

 

 

KINARUT, 16 MAC 2020 ; Beberapa orang pelajar daripada Jurusan Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik IKBN Kinarut telah membantu menyelesaikan masalah pendawaian di Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Kuala II, Masjid Al-Hidayah Kg. Kuala II dan juga Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Amin yang terletak di Pitas, Sabah.

 

Program Impak ILKBS @ Komuniti IKBN Kinarut telah mula dilaksanakan pada 6 Mac 2020 dan berakhir pada 16 Mac 2020 dimana terdapat beberapa lokasi seperti surau, masjid, rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz yang dikenalpasti yang memerlukan khidmat penambahbaikan dan penyelenggaraan pendawaian.

 

Program bermula di Madrasah Tahfiz Al Quran Kg. Kuala II dan kemudiannya beralih ke Masjid Al-Hidayah Kg. Kuala II yang terletak di Kinarut dengan penglibatan 15 orang pelajar dan diringi oleh tenaga pengajar iaitu Encik M.M Yusdi Otoh dan Encik Asyrul Asri.

 

Setelah selesai di dua lokasi tersebut, dan kemudiannya program dilanjutkan ke lokasi terakhir iaitu di Rumah Anak Yatim Baitul Amin yang terletak di Daerah Pitas, Sabah dengan penglibatan 8 orang pelajar yang diketuai oleh Encik Himran Entoh dan turut dibantu oleh beberapa orang tenaga pengajar untuk menyelesaikan permasalahan di rumah anak yatim tersebut.

 

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan dengan menggantikan beberapa peralatan-peralatan  elektrik seperti lampu, suis, soket dan kipas  yang di kenalpasti mengalami kerosakan serta membaikpulih pendawaian berisiko yang boleh menyebabkan kebakaran.

 

Menerusi program ini juga, IKBN Kinarut juga turut berkesempatan menjalankan aktiviti promosi IKBN kepada belia-belia Sabah amnya menerusi ceramah dan pengedaran risalah-risalah informasi IKBN Kinarut yang telah disampaikan oleh Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.