Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 16 March 2020 16:42

PENILAIAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, PERAK, 16 MAC 2020  – Barisan panel Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2020 yang diketuai oleh Tn Hj Zahari Bin Jusoh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan Penilaian AIT 2020 hari ini ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak.

Ketua Panel Penilaian AIT 2020 ini juga dibantu oleh ahli-ahli Panel Penilaian yang  lain seramai 5 orang iaitu,  En. Hasnor bin Abd Hamid, Setiauasaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS, Tn. Hj Eddy Shahrani bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, BPKB, KBS, Tn. Hj Mohd Sukri bin Hussain, Penolong Pegawai Latihan Kanan, Cawangan Perancangan Pembangunan dan Penyelenggaraan, KBS, En. Muhamad Khairi bin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat, KBS dan  Pn. Rusilawati binti Ibrahim, Penolong Juruaudit, Unit Audit Dalam, KBS.

Sesi pembukaan bersama ahli panel telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar Perak, En. Md Isa bin Ibrahim, turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul bin Daud, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pn. Siti Hajar binti Sulaiman serta turut dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam membantu kelancaran pemeriksaan dokumentasi oleh Panel AIT.

Penilaian oleh ahli panel dimulakan dengan pemeriksaan ke atas dokumentasi bagi mencari bukti-bukti mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama. pemeriksaan di asrama juga dijalankan oleh seorang ahli panel dan diiringi oleh pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pemeriksaan dokumen dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama dan juga di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBN Seri Iskandar Perak. Sejurus selepas itu, lawatan ke bengkel juga dijalankan oleh ahli panel bersama pegawai yang terlibat dengan pengurusan latihan. Aktiviti penilaian berakhir pada jam 1.00 petang selepas berakhirnya Mesyuarat Penutup Lawatan Penilaian AIT 2020 dijalankan.

Semoga lawatan audit Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2020 pada hari ini akan memberikan butiran bintang yang terbaik untuk IKBN Seri Iskandar Perak pada tahun ini.

  

 

Read 906 times Last modified on Isnin, 16 March 2020 16:55
 
Find us on Facebook
Follow Us