Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 16 March 2020 17:54

LATIHAN INTENSIF PERTANDINGAN WSMB PERINGKAT PRA-KELAYAKAN TAHUN 2020 BAGI BIDANG HAIRDRESSING: LADIES COMMERCIAL HAIRSTYLE & LADIES FASHION HAIRSTYLE WITH EXTENSION

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 10hb Mac 2020 (Selasa) – Jabatan Personal telah mengadakan Latihan Intensif Pertandingan WSMB bagi bidang Hairdressing pada 6hb sehingga 10hb Mac 2020 di Avant Garde Studio, Jabatan Personal, IKBN Peretak sebagai persediaan latihan yang lengkap bagi menghadapi Pertandingan WSMB Peringkat Pra-Kelayakan bagi tahun 2020 yang akan berlangsung pada 25hb sehingga 26hb Mac 2020 di IKBN Kemasik, Terengganu.

Latihan intensif ini telah disertai oleh 2 orang peserta pertandingan iaitu Previnna A/P Mohan dan Shanta Priya A/P Muthayah dan Puan Janefer Farida Binti Baharuddin merupakan jurulatih bagi pertandingan tersebut untuk mewakili IKBN Peretak. Jabatan Personal telah melantik Puan Norashikin Binti A. Tajuddin sebagai penceramah jemputan untuk selama 5 hari latihan intensif ini.

Tujuan latihan intensif ini diadakan adalah untuk memberi latihan yang lengkap dan focus kepada tajuk soalan pertandingan iaitu Ladies Commercial Hairstyle & Ladies Fashion Hairstyle with Extension.  Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diberikan kepada 2 orang peserta pertandingan ini dapat membantu peserta menjadi lebih kreatif dan kemahiran yang mantap dalam pertandingan yang akan berlangsung dan terpilih dalam Pertandingan WSMB Peringkat Akhir nanti.

Disediakan oleh : Pn. Syazana binti Dzulkefli

Ketua Jabatan Personal, IKBN Peretak

Read 431 times
 
Find us on Facebook
Follow Us