Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 01 August 2016 01:39

PERSEMBAHAN PELAJAR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERSEMBAHAN PELAJAR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA


BANDAR PENAWAR, 31 JULAI 2016 – Sempena dengan Majlis Ramah Mesra, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, pelajar-pelajar lama dan baru telah bergabung tenaga mempamerkan persembahan pentas yang menarik sepanjang majlis.


Antara persembahan-persembahan yang dipamerkan ialah nyanyian lagu raya secara solo, duet, tarian zapin dan persembahan tarian dari pelajar belia India. Persembahan-persembahan yang dipamerkan oleh pelajar bukan saja menyerikan majlis malah mendapat pujian dari para jemputan yang hadir ke majlis tersebut.


Semua pelajar yang terlibat telah giat menjalani latihan pada setiap malam dan dalam tempoh masa kurang dari 10 hari, mereka mampu mempamerkan persembahan yang menarik. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Zahrin Romli turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar tersebut.


Oleh :
Mohd Syahfizzan Bin Ahmad ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Read 981 times Last modified on Isnin, 22 August 2016 01:52
 
Find us on Facebook
Follow Us