Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Bersatu Memerangi Pandemik Covid-19 : Barisan Hadapan, IKTBN Chembong Bersamamu

Chembong, 21 APRIL 2020 – Menyedari serta menyelami tugasan kritikal petugas-petugas barisan hadapan, IKTBN Chembong telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan 1000 unit PPE FACE SHIELD untuk kegunaan petugas di klinik dan hospital kerajaan sekitar Rembau.

Langkah ini telah diambil oleh Institut bagi menyahut hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam menyumbang terhadap keperluan masyarakat melalui inisiatif Tanggungjawab Khidmat Sosial terutamanya dalam tempoh getir negara menghadapi wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kepakaran, mesin serta peralatan yang ada di Jabatan Awam khususnya Jurusan Teknologi Lukisan Senibina dimanfaatkan sepenuhnya bagi penghasilan produk ini dengan menggunakan mesin Laser Cutting/Engraving.

 

Setakat hari ini, sebanyak 277 unit produk telah dihasilkan dan telah diedarkan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rembau telah hadir sendiri untuk mengambil produk tersebut bagi mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa serta SOP yang ditetapkan. Semoga sumbangan kecil IKTBN Chembong dapat memberi impak yang besar terhadap barisan hadapan yang gigih menjalankan tanggung jawab terhadap negara. Sesungguhnya anda semua barisan hadapan adalah wira kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 980 times