Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 May 2020 10:56

IKTBN Chembong Sentiasa Hulurkan Bantuan. Dari Kami Untuk Semua.

Written by
Rate this item
(1 Vote)

 

 

 

 

Chembong, 06 MEI 2020 – Susulan keputusan Kerajaan untuk membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak, IKTBN Chembong telah menerima panggilan daripada pihak KPT untuk membantu pelaksanaan ini. Pihak institut akan membantu dari segi penggunaan bas untuk menjemput pelajar dari KLIA yang melibatkan pelajar IPTA yang terkandas di Sabah dan Sarawak. 

Persediaan bantuan ini dimulakan pada 29 April 2020 dengan pemeriksaan bas yang dilakukan oleh dua (2) pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu En. Mohamad Najib bin Jaafar dan En. Mohd Syahidan bin Mohd Ruslan dari aspek prestasi serta keselamatan. Seterusnya pada 04 Mei 2020, semburan sanitasi bas dilakukan dengan kerjasama pihak balai Bomba Chembong.

 

 

Seramai 20 pelajar telah di jemput yang mana tiba di KLIA jam 5.00 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah selamat dihantar ke MITC, Melaka lebih kurang jam 7.00 malam seperti yang dirancang pihak KPT. Semoga bantuan kecil ini dapat memberi kegembiraan terhadap mereka yang semestinya mengharapkan untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi menjelang sambutan aidilfitri yang bakal menjelma.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 820 times