Masjid Tanah, 04 Mei 2020 - Warga IKTBN Alor Gajah (IKTBNAG) telah berkongsi rezeki dengan penyediaan Kit Ramadan baru-baru ini. 42 Kit Ramadan telah berjaya dikumpulkan dan diedarkan kepada pekerja keselamatan, pekerja pembersihan, pembantu operasi dan pemandu IKTBNAG sempena bulan mulia ini. Kit Ramadan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKTBNAG, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir selepas tamat waktu bekerja. Sumbangan ikhlas daripada seluruh warga IKTBNAG ini berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, telur, gula, minyak masak, minuman dan biskut.
Objektif program adalah untuk mengajak semua warga IKTBNAG bersama-sama berganding bahu dan berkongsi rezeki serta meringankan beban sebagai persediaan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Pengarah IKTBNAG mengajak warga IKTBNAG yang lain untuk terus bersama menghulur bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berharap program ini akan berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan, malah di masa akan datang.
Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah
Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah