Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 12 May 2020 08:26

MAJLIS PENYERAHAN TOPENG MUKA SUMBANGAN KERAJAAN MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Kuala Kubu Bharu, 24 April 2020 (Jumaat) - Orang ramai adalah diwajibkan Pemakaian topeng muka (Face Mask) untuk menangani penularan virus Covid - 19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan bermula 18 Mac 2020. Lanjutan daripada arahan tersebut, majlis penyerahan topeng muka sumbangan Kerajaan Malaysia kepada kakitangan dan Penghuni kuarters IKBN Peretak serta pekerja-pekerja 'essential' iaitu pekerja kawalan Keselamatan dan  Penyelengaraan  telah dilakukan pada 11.30 pagi tadi di IKBN Peretak.

 Majlis Penyerahan Topeng Muka sumbangan Kerajaan Malaysia telah disempurnakan  oleh Puan Saripah Binti Bakar, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Zon Ampang Pecah yang mewakili Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu (N. 06) kepada Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak. Sebanyak 40 sampul berisi 4 helai topeng muka setiap sampul telah diedarkan kepada kakitangan, pekerja dan penghuni kuarters IKBN Peretak.

 Seluruh warga IKBN Peretak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wakil MHDS, ADUN KKB dan Kerajaan Malaysia di atas sumbangan tersebut. Bersama kita berkerjasama  memutuskan rantaian penularan Virus Covid-19.

 

Disediakan oleh : En. Samsu bin Kadir

Read 257 times
 
Find us on Facebook
Follow Us