Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) DAN MEDTWEETMY KONSISTEN HASILKAN PPE

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2020 – Menerusi kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY),

satu majlis penyampaian kelengkapan PPE siri kedua telah diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal kepada klinik-klinik kesihatan di Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, YB Timbalan Menteri telah menyerahkan 3,566 unit PPE terdiri daripada Face Shield, Degradable Single Use Plastic Apron, Isolation Gown, Boot Cover dan Head Cover yang merupakan produk dari IKTBN Sepang, Selangor dan IKBN Wakaf Tapai, Terengganu. Sumbangan tersebut diterima oleh wakil daripada KKKL iaitu Dr. Razila Farra Bt Razali. Turut hadir sama adalah Dr. Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin, Pengerusi MedTweetMY, Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Pengarah Kemahiran, KBS dan Dr Fuad bin Hashim, Pegawai Kesihatan Daerah.

 

 

 

#StayCalmStayHome

#kitamestimenang

#TVETKBS #ILKBS

#MedTweetMy

#Covid19

#PerkasaBeliaNegara

Read 198 times
 
Find us on Facebook
Follow Us