Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 20 May 2020 08:41

PENGHASILAN PPE - PROGRAM IMPAK FASA KE-2 IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

18 Mei 2020 (Isnin), Kuala Kubu Bharu. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, agensi di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi menyumbang tenaga dan kepakaran dalam bidang tekstil dan jahitan dalam menjahit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) untuk warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang Virus Covid – 19 yang melanda negara ini.



Penghasilan PPE merupakan program Impak fasa ke-2 dengan penghasilan Isolation gown, head cover dan boot cover sebanyak 1,481 unit. Semua PPE ini dihasilkan oleh tenaga pengajar Jabatan Tekstil dan kakitangan IKBN Peretak secara sukarela dalam menyumbang tenaga untuk membantu negara.

Usaha bagi fasa 2 ini adalah sebahagian dari kerjasama antara IKBN Peretak dengan Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMy) bagi penghasilan produk PPE.

Puan Normahsyuri binti Md Shariff, selaku Pengarah IKBN Peretak berkata, projek ini adalah sedikit sumbangan kepakaran IKBN Peretak dalam membantu frontliner bagi membendung Virus Covid 19. Keselamatan semua frontliner tidak dapat dikompromi lagi dalam perkara ini. Terima kasih diucapkan kepada KBS kerana memberi kepercayaan kepada IKBN Peretak dalam menghasilkan PPE ini.

Projek ini merupakan kali ke 2 dijalankan dimana secara keseluruhannya IKBN Peretak telah menghasilkan 2,131 unit PPE untuk frontliner.

Pn. Normahsyuri binti Md Shariff telah menyerahkan penghasilan produk PPE kepada Dr. Rafidah Abdullah dari Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMy) dan turut hadir bersama Dr. Muhammad Izzat, Dr. Siti Sarah serta pegawai dan pengajar dari Jabatan Tekstil.

 

Disediakan oleh : Puan Azini binti Ismail

 

Read 183 times
 
Find us on Facebook
Follow Us