Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 June 2020 16:18

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2019 KBS IKTBN TEMERLOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

2 Jun 2020: Sehubungan dengan pematuhan terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diwartakan sehingga 9 Jun 2020, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan 2019 yang telah dirancang oleh pihak kementerian tidak dapat dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Walaubagaimanapun, majlis penghargaan secara kecilan dengan pematuhan terhadap SOP (Prosedur Operasi Standard) di bawah PKPB iaitu dengan pengekalan penjarakan sosial dan tidak berkumpul secara ramai di satu kawasan masih tetap dijalankan di IKTBN Temerloh. Majlis tersebut anjuran Bahagian Pentadbiran & Kewangan telah diadakan dan bertempat di Bangunan Pentadbiran IKTBN Temerloh. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Pengarah IKTBN Temerloh iaitu Dr. Mohd Yusoff b Abu Bakar dan diteruskan dengan penyampaian sijil serta cenderamata kepada penerima anugerah.Seramai 403 orang pegawai ILKBS yang layak menerima anugerah tersebut dan 7 orang merupakan pegawai dan kakitangan pelbagai gred adalah mewakili IKTBN Temerloh.

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan 2019 bagi IKTBN Temerloh.. Hasil daripada dedikasi dan tanggungjawab yang cemerlang telah melayakkan mereka menerima penghargaan di bawah penghargaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Semoga dengan penganugerahan ini memberikan motivasi, iltizam serta semangat kepada penerima mahupun kakitangan yang lain untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta memberikan hasil kerja yang terbaik kepada IKTBN Temerloh dan KBS secara tidak langsung.

Read 288 times Last modified on Selasa, 02 June 2020 16:30
 
Find us on Facebook
Follow Us