Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan

HULU LANGAT, 4 Jun 2020 - Majlis penghargaan secara kecilan dengan pematuhan terhadap SOP (Prosedur Operasi Standard) di bawah PKPB iaitu dengan pengekalan penjarakan sosial dan tidak berkumpul secara ramai di satu kawasan masih tetap dijalankan di IKTBN Dusun Tua. Majlis tersebut anjuran Bahagian Pentadbiran & Kewangan telah diadakan dan bertempat di Bangunan Pentadbiran IKTBN Dusun Tua. Seramai 11 orang pegawai dan kakitangan pelbagai gred telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan 2019 bagi IKTBN Dusun Tua. Hasil daripada dedikasi dan tanggungjawab yang cemerlang telah melayakkan mereka menerima penghargaan di bawah penghargaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Read 899 times Last modified on Rabu, 10 June 2020 15:46
 
Find us on Facebook
Follow Us