Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 June 2020 10:18

BENGKEL E-KAMPUS SIRI II PERINGKAT IKBN KINARUT

Written by

 

 

BENGKEL E-KAMPUS SIRI II PERINGKAT IKBN KINARUT

 

KINARUT ; IKBN Kinarut mengambil inisiatif untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pegawai dan kakitangan melalui pemantapan konsep penggunaan sistem E-Kampus menerusi penganjuran Bengkel E-Kampus Siri II.

 

Peserta yang terlibat ialah seramai 18 orang dimana bengkel ini bertujuan untuk membuat pengemaskinian jadual pembelajaran, markah kuiz, kerja kursus dan peperiksaan akhir serta meningkatkan pemantapan kefahaman penggunaan system E-Kampus dikalangan pegawai dan kakitangan dimana bengkel ini telah diadakan pada 22 sehingga 25 Jun 2020, bertempat di Makmal Bestari, IKBN Kinarut.

 

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi serampang dua mata kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut khususnya kerana ia pastinya dapat meningkatkan motivasi diri dalam membudayakan kerja lebih efisien, selamat dan cemerlang di samping mewujudkan interaksi positif dalam kalangan pegawai dan kakitangan bagi membentuk semangat kerja satu pasukan.