Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 June 2020 10:43

KURSUS TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM PERINGKAT IKBN KINARUT

Written by

 

 

KURSUS TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Seramai 65 orang pegawai dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah terlibat Kursus Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam Peringkat IKBN Kinarut yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut semalam.

 

Peserta kursus dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi mematuhi Standard Operating Prosude (SOP) pelaksanaan kursus ini yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 22 sehingga 23 Jun 2020 dan panel penceramah disampaikan oleh Puan Masni Matlin daripada INTAN Sabah.

 

Obejktif kursus ini diadakan bagi memastikan pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut bertanggungjawab bagi memantau dan menyelia kakitangan dibawah seliaan mereka selain mengetahui pengetahuan yang jelas berkenaan peraturan tatakelakuan penjawat awam khususnya dan memahami tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap etika dan peraturan penjawat awam yang dilakukan oleh kakitangan selian mereka umumnya.