Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 June 2020 16:45

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN SIRI I 2020 IKBN KINARUT

Written by

 

 

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN SIRI I 2020 IKBN KINARUT

 

KINARUT ; Kursus Pengurusan Kewangan Siri I 2020 peringkat IKBN Kinarut telah diadakan dan melibatkan seramai 21 orang pegawai dan kakitangan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut pada hari ini.

 

Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai penggunaan dan penjenisan kod perbelanjaan yang lebih efisyen dan seragam umumnya serta dapat memupuk persefahaman dan mempertingkatkan hubungan dan kerjasama diantara pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut dalam melaksanakan tugas masing-masing disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

 

Menerusi kursus ini, ia dapat memberikan kefahaman yang maksimum khususnya yang melibatkan kewangan dengan bantuan khidmat penceramah yang professional yang telah disampaikan oleh Puan Nor Hafizah Naidah Awang Talip dan Encik Herbert James Suani daripada Jabatan Akauntan Kota Kinabalu, Sabah.