Seramai 15 peserta telah dipanggil dari Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu bagi menjalani temuduga. Program akan Bootcamp dijadualkan akan mula pada 6.07.2020 dan berakhir pada 8.10.2020.
Peserta dikehendaki menjalani ujian matematik mudah sebelum temuduga. Penerangan mengenai PIDMY dan IKTBN Sepang telah diberikan kepada peserta bagi memperkenalkan syarikat dan institut. Pengarah IKTBN Sepang, Pn. Rosnoizam binti Abdul Majid turut membuat lawatan dan ucapan selamat datang kepada tetamu dari PIDMY.
Temuduga telah dijalankan oleh En. Zainuddin bin Abu Bakar (HR) dan En. Azeman bin Karim (Factory) dibantu oleh Pn Maslina (HR). Cawangan Hubungan Industri (CHI) diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim dibantu oleh Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin, Pn Hasnor Nashima binti Hassan dan Pn Nor Hafizah binti Mohd Hassan sebagai urusetia.
IKTBN Sepang dan PIDMY mengucapkan semoga berjaya kepada semua peserta.