Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 June 2020 10:22

TAKLIMAT PROGRAM  PERTANIAN BANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

24 Jun 2020 (Rabu), IKBN  Peretak, Kuala Kubu Bharu – Satu sesi taklimat mengenai Program  Pertanian Bandar telah diadakan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor kepada Pengurusan Tertinggi IKBN Peretak yang turut dihadiri oleh Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff Pengarah IKBN Peretak pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.

Puan Pengarah telah memaklumkan kepada ahli yang hadir bahawa jemputan taklimat ini bertujuan untuk Institut mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti bidang pertanian yang bersesuaian dilaksanakan oleh IKBN dan sebagai langkah awal untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi pembangunan komuniti setempat.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pertanian Hulu Selangor, Encik Zulkefli Zakaria dan Encik Mohd Azman Bin Mohd Musa mengenai potensi di bidang pertanian khususnya komuniti di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan komuniti melalui penjimatan kos sara hidup  daripada hasil-hasil pertanian dalam usaha menangani kenaikan import bahan makanan yang semakin meningkat saban tahun.

Lawatan oleh Pegawai Jabatan Pertanian Hulu Selangor ini adalah memenuhi jemputan oleh Institut, selaras dengan hasrat YB Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  untuk mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terdapat di ILKBS seluruh negara berikutan lawatan YB Menteri KBS ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) baru - baru ini.

Lawatan ke kawasan persekitaran Institut oleh Pegawai Pertanian Hulu Selangor juga telah diadakan selepas sesi taklimat bagi mendapatkan gambaran dan cadangan awal aktiviti - aktiviti pertanian yang bersesuaian dengan keadaan tanah dan topografi di Institut. Ini akan memudahkan pihak Institut untuk merangka dan mencadangkan tindakan seterusnya dan mendapatkan khidmat nasihat yang berkaitan pertanian di masa akan datang.

Lawatan oleh pegawai Jabatan Pertanian Hulu Selangor pada hari ini amat bermakna bagi Institut dalam menyahut seruan kerajaan khususnya di pihak KBS untuk menjadikan ILKBS sebagai hub pusat pendidikan kemahiran terunggul untuk komuniti setempat.

 

Disediakan Oleh :  Encik Samsu Bin Kadir

Read 534 times
 
Find us on Facebook
Follow Us