Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 30 June 2020 10:02

LAWATAN KHAS PROJEK RINTIS TEKNOLOGI AGRO IKBN KINARUT DI POLITEKNIK SANDAKAN

Written by

 

 

LAWATAN KHAS PROJEK RINTIS TEKNOLOGI AGRO IKBN KINARUT DI POLITEKNIK SANDAKAN

 

SANDAKAN ; Pasukan rintis Projek Agro Teknologi IKBN Kinarut telah berkunjung ke Politeknik Sandakan, Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan teknologi pertanian yang bersesuaian untuk dibangunkan di IKBN Kinarut bagi menyokong hasrat kerajaan bagi menyemarakan industri Pertanian dalam usaha menyediakan tapak pertanian dan latihan kemahiran yang berkaitan.

 

Tumpuan lawatan adalah mendapatkan informasi dan mempelajari teknologi berkaitan pertanian sistem akuaponik dan penanaman cendawan yang bakal dilaksanakan di IKBN Kinarut.

 

Selain itu bidang-bidang pertanian lain seperti penternakan ikan, lobster air tawar, ikan hiasan juga turut menjadi perhatian sebagai persediaan untuk cadangan pelaksanaan projek akan datang.

 

Lawatan diketuai oleh En Himran Entoh, Timbalan Pengarah (HEP) bersama 7 orang pengajar disambut oleh Ybrs. Tuan Tajul Ariffin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan yang turut memberikan taklimat serta berdiskusi lanjut tentang tujuan dan misi lawatan ini.

 

Last modified on Selasa, 30 June 2020 10:06