SERI ISKANDAR, 18 JUN 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 18 Jun 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.
Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Sharimah Bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Gred – N32 diatas pertukarannya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2020.
Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat selama 2 tahun di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.