Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 06 July 2020 17:42

PROMOSI BERSAMA PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI 2020 DI KAWASAN TANAH RANCANGAN FELDA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Serting Hilir, 05 Julai 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Pendidikan Tinggi 2020 di Kawasan Tanah Rancangan Felda yang bertempat di Dewan Semai Bakti Serting Hilir Kompleks. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Komuniti, Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti FELDA ini bertujuan untuk mempromosikan peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi membantu belia bagi memajukan diri.

 Program ini dilaksanakan berkonsepkan jelajah di seluruh negara bermula 27 Jun 2020 sehingga 25 Julai 2020 dan dipecahkan kepada sebelas (11) lokasi mengikut zon. IKTBN Chembong turut menjalankan promosi kemasukan pelajar sesi baharu di samping turut mempromosikan program jangka pendek yang ditawarkan termasuk program Bootcamp. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran berkaitan kursus yang ditawarkan selain edaran flyers serta taklimat serta tayangan video.

 Semoga program ini dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran serta taraf hidup melalui program yang ditawarkan.

Read 765 times