MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN KURSUS PERTANIAN
KINARUT ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kursus Pertanian Di IKBN Kinarut yang dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Kinarut , Puan Zuarini Binti Jumai pada 7 Julai 2020, jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Kinarut.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN).
Antara agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan kerjasama kursus pertanian bersama agensi-agensi tersebut dan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan.